Monday, April 29, 2013

Sup Kentang Keju Cheddar

Sup ni lama dah dicuba. Rasanya lemak berkrim. Saya peroleh resepi menerusi majalah Rasa tak ingat tahun berapa. Tak silap masa tu ada kolum perkongsian untuk resepi pelajar kulinari. Jumlah hidangan dihasilkan agak banyak berbanding setin sos prego cendawan.

Nak lagi enak, masa tumis bawang tu saya masukkan sekali cendawan tiram untuk campuran rasa cendawan. Rasanya guna cendawan butang segar lagi menarik tapi masa tu tak de stok. Mungkin lain kali kita cuba.
Sup Kentang Keju Cheddar
Bahan-bahannya:

1.5 liter stok ayam (saya guna kiub ayam je)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 batang batang saderi (hiris kecil)
6 biji kentang - saiz besar (direbus dan dilenyek)
Keju cheddar (terpulang berapa banyak - diparut
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam
1/2 sudu kecil garam (jika perlu)
1/2 sudu kecil serbuk oregano (tak masuk)
3/4 serbuk lada sulah

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan batang saderi hingga layu. 
2. Masukkan stok ayam dan kecau rata.
3. Masukkan kentang lenyek. Kacau dan biarkan mereneh dengan api perlahan.
4. Tutup api dan masukkan bahan tersebut dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan menjadi halus.
5. Setelah itu, tapis bahan dan panaskan semula dalam periuk. Masukkan keju cheddar, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah reneh hingga keju mencair dan sup menjadi pekat. 
6. Serasi dihidang bersama roti perancis dan lain-lain roti.


Selamat mencuba.

Wednesday, April 24, 2013

Piza Paling Cepat Dalam Dapur

Yeah...PIZA MEGI. Makan sementara panas dan stok masih ada. 

Jangan marah ar...nanti kena jual! hihihi

Wednesday, April 17, 2013

Baru Ku Tahu Apa En Mat Gebu Rasa Dulu

Masa google images kari hijau thai tempohari, saya ternampak gambar yang dirakam sendiri dalam sebuah blog masakan. Dah la tak minta izin lepas tu tak bagi kredit langsung pada gambar berkenaan. Saya bukanlah juru gambar yang bagus malah tak gunakan kamera mahal pun tapi sekurang-kurangnya itu usaha sendiri. At least bagilah kredit gambar milik sapa. Tak susah pun cuma bagi link saja. Tak pun mention yang pix tu dari google.

Masa kes ciplak gambar ni mula-mula saya terbaca pada En Mat Gebu lepas tu Ummi Kuantan dan ramai lagilah yang terkena. Mereka lagilah super senior blog masak pun boleh terkena - siap buang watermark lagi- inikan saya blog masakan kecil-kecilan ni.

Dulu rajinlah nak buat watermark bagai, tapi bila nak cepat terus letak je imej. Bajet konon tak de lah sapa-sapa nak ciplak gambar yang tak seberapa tu. Tup...tup blog Ceria Resepi bajet macam hasil kerjanya. huh...sapa tak naik darah. Sentap tau. So, lepas ni letaklah watermark sendiri yang basic-basic jadilah macam yang baru saya buat tadi ni. Cer tengok sini.


Wednesday, April 10, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Sejak dulu saya memang tak pernah sukakan puding karamel sebab kebanyakan rasa dipengaruhi hanyir telur. Oleh kerana cuaca di Ipoh melampau panas baru-baru ni, resepi puding yang senang dibuat dan segera dimakan amatlah didambakan.

Masa blog walking ternampak resepi puding karamel tanpa telur dalam blog si comeyl dara pingitan Fatin Liyana yang diperoleh daripada CikEpal. Terima kasih atas perkongsian kalian. Sesungguhnya, resepi yang cepat dimasak, cepat dimakan adalah terbaik. Kurang 30 minit dah siap macam rancangan masak si Jamie Oliver lak.

Lepas tu nak lagi umphh kalau ada cocktail setin. Fuh...mabeles. Sayangnya, tak de stok pula. Ok, resepi masuk senarai buat lain kali. Yumm...

Puding Karamel Tanpa Telur

Untuk Sos Karamel:
2 senduk gula (guna lebih kurang 1 3/4 senduk sahaja *senduk lauk besar)
1/4 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan sos karamel kedalam bekas puding atau loyang. 

Untuk Puding:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis 
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar segera
3 1/2 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan yang ada agar puding nampak cantik. 
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar segera dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas yang berisi sos karamel tadi
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti ais. Lagi sejuk lagi sedap. 
6. Dah sejuk, boleh diterbalikkan dalam pinggan sebelum dihidang. 


Selamat mencuba.