Walaupun resepi ini dah lama dijeling-jeling dalam majalah Rasa 2008, namun saya baru berpeluang memasaknya. Itupun kerana dah lama tak makan ketam. Resepi ini agak mudah namun rasanya sedap mungkin kerana gabungan mentega dan telur masin serasi di lidah.
Cuma pendapat saya kalau ada kuning telur masin lagi banyak lagi sedap. Tak silap pernah nampak kuning telur masin dalam tin di tesco tapi bila cari takde la pulak. Jadi guna saja dua biji telur itik yang dibeli En Bapak ketika ke pasar.
Jom tengok resepi dan cuba sendiri.
Bahan-bahan:
- 2 ekor ketam -dibersihkan
- 2 biji telur masin - direbus dan diambil kuningnya
- 4 sb mentega
- Gula dan garam secukupnya
- Minyak masak
- Daun kari- saya tambah
Cara menyediakannya:
- Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Goreng ketam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan mentega dengan sedikit minyak, masukkan kuning telur masin yang dihancurkan bersama daun kari. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan ketam dan gaul rata hingga ketam tersalut dengan telur masin tadi.
- Angkat dan sedia dihidang.
Ibu khalish n ilhan...nama ank sy...ilhan khalisya....hehe
ReplyDeleteHehe...tak sangka ye. Gabungan nama dua anak saya adalah nama anak awak. janji maknanya baik kan.
Deletenama anak saya pon khalis..muhamad khalis danial
ReplyDeletebole ke nak share dlm blog
ReplyDelete