Berhari-hari saya nak update entry ni baru berkesempatan. Sejak mengikuti kelas masakan awal tahun ini dan berkawan dengan geng-geng baker, saya sekarang dah pandai ajak En Bapak menjengah ke kedai menjual bahan bekalan bakeri bila teringin membuat sebarang resepi biskut, kek atau piza.
Padahal dulu tesco atau giant menjadi tempat pencarian. Lagipun, kedai sebegini adalah terbaik bagi mereka yang inginkan kepelbagai bahan bakeri pada harga murah berbanding di pasaraya. Di Ipoh misalnya saya selalu ke Merit dan Wah Seng, mungkin disebabkan kedudukan kedainya starategik di tengah bandaraya Ipoh.
Di KL pula, sudah dua kali bila balik ke rumah mentua saya pasti mengajak En Bapak ke Bake With Yen (BWY) di Lorong Haji Taib 1, Kuala Lumpur. Memang harga peralatan kelengkapan bakeri adalah lebih murah berbanding di Ipoh. Tapi masalahnya, saya kalau ke sana memang payah nak bajet masa 15 hingga ke 30 minit. Mesti nak paling kurang pun sejam lebih untuk membelek, memilih dan bayar.
Kesian anak-anak dan En Bapak yang terpaksa menunggu dalam kereta. Dah la kadang-kadang parking susah nak dapat dengan kedai yang ada ekon macam tak de berpeluh ketiak sana sini mencari barang.
Tapi sekarang tidak lagi (eceh dah macam iklan tv plak) sejak BWY Ipoh dibuka sepenuhnya dua minggu lepas saya sangat-sangat lega sebab tak perlu bersemak otak memikirkan cara mengayat En Bapak ke BWY KL bila balik ke rumah mentua nanti. hihihi...
Pandangan pertama saya, BWY Ipoh adalah sangat luas dan lebih tersusun daripada BWY KL. Siap sediakan 6 parking berkotak biru depan kedai untuk pelanggan. Bila masuk saya lihat kaunter bayaran dah macam kat pasaraya dengan siap disediakan troli untuk membeli belah. Bagi saya ia adalah praktikal berbanding kedai bakeri lain di Ipoh yang hanya menyediakan bakul sahaja.
Barangan mentahnya pula dijual dengan pakej mini sekitar 100-250gm dan turut disediakan pek pukal pada harga yang sangat-sangat berbaloi bagi mereka yang ingin menjalankan bisnes. Pelbagai peralatan membuat kek dan biskut yang jarang dijumpai terdapat di sini misalnya acuan kek pelbagai bentuk seperti hello kitty, teddy bear, acuan sebiji kek cawan, bentuk buku dan sebagainya pada harga yang sangat murah. Pilihan memang sangat banyak.
Bagi mereka yang tinggal di Ipoh, moh le kita beramai-rami mencuci mata, perasaan dan dompet sekali ke BWY yang terletak Lot 1, Medan Istana 5, Bandar Ipoh Raya, 30000
Ipoh. Tel: 05-2556116. Kedai dibuka Isnin-Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ahad tutup ye.
Sekian untuk kali ini.
#saya mempromosi bakeri ini sekadar untuk kemudahan dan makluman individu yang gemar berkunjung ke kedai bakeri seperti saya. Tak dibayar pun#
sis,nk taye,kedai ni yg ganti kedai baju dulu ke?die dkat sebelah bank kn?sblh padang dr kn?
ReplyDeleteBWY teman datang ni......tengah semangat nak buat kui raya....suka suka suka
Deleteye la tu. biasanya sy msk dr kinta riverfront hotel terus smp bulatan dh nmpk BWY ni.
Deleteapple69: nanti pas kuih raya tu skit ye. hihihi
Deletetanya, adakah kedai ini buka pada 2november 13?
ReplyDeleteas salam, nak tanya ada buat services post tak, ingat nak order shaped pan.
ReplyDeletebaru perasan. tak pasti saya ada services post tak. cer contact owner kedai ye.
DeleteTerima kasih sudi kongsi. Mmg sy mncri cwngn bwy ipoh, ingtkn tkde.. bru igt nk jd supplier jgk. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi kongsi, mmg mencari cawangan bake with yen kt ipoh. Sy pn sllu beli brg dkt lorong hj taib klu blik kl.
ReplyDelete