Kebiasaannya menu berasaskan mi harus ada dalam senarai mingguan keluarga kami bagi menggantikan pengambilan nasi. Tidak kira samada jenis bergoreng atau berkuah, resepi pilihan adalah berlainan saban minggu bagi mengelakkan selera menjadi jemu.
Semasa kami ke Hatyai awal tahun lalu, saya pernah terlihat menu ini di Restoran Salma tapi tidak terlintas mencubanya. Namun, setelah memperoleh resepi menerusi buku masakan Chef Norman, pemilik restoran Ning di Manchester, saya tidak tunggu lama untuk mencubanya.
Penggunaan santan, sos ikan dan aroma daun ketumbar memberi rasa yang berlainan dan memikat selera kami anak beranak. Khalish sampaikan berkali-kali minta tambah. Bagi saya, tambahan limau kasturi sebagai pelengkap rasa lemak, masin dan masam amat sesuai dan dicadangkan mi ini dihidangkan panas sejurus selepas dimasak. 5 bintang untuk resepi ini.
Bahan-bahan:
- 400 gm mi telur (segar)
- 250gm isi ayam - dihiris nipis
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar sos ikan
- 4 sudu besar santan
- 2 sudu besar ketumbar cincang
- 100gm bayam
- Cili merah untuk hiasan
- 4 biji cili hijau -dibuang biji
- 2 batang serai
- 8 biji bawang merah (saya guna 2 labu bawang besar)
- 4 ulas bawang putih
- 6 helai daun limau purut
- 50ml air panas (ikut suka samada mahukan mi sedikit berkuah atau tidak)
- Goreng ayam dalam minyak panas sehingga masak.
- Masukkan bahan kisar dan goreng selama dua minit.
- Campurkan mi telur, minyak masak, sos ikan dan santan.
- (Jika suka mi yang lebih basah masukkan sedikit air panas.)
- Goreng selama lima minit hingga kesemuanya rata.
- Akhir sekali masukkan bayam dan daun ketumbar.
- Masak sehingga bayam layu kemudian padamkan api.
- Hidangkan dengan hirisan cili merah..
Tips: Penggunaan AIR PANAS ketika menggoreng mi basah mengelakkan mi menjadi lebih basah tanpa mengembangkan mi.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment