Buat pertama kali dalam hidup, saya memasak kari itik. Sebelum ini di kampung tiada menu itik dalam senarai. Kalau ada pun arwah datuk saudara bagi kari itik sebab keluarganya menternak itik kecil-kecilan.
Sejak En Bapak ternampak Mydin Meru Raya, Ipoh menjual itik tempoh hari, beliau teringin pula mencuba kari itik sebagai juadah 1 Ramadan lepas. Saya seriau juga sebab tak pernah masak itik, takut dagingnya liat selepas masak dan asyik terbayang muncung itik yang suka menyudu-nyudu tu.
Seekor itik dibeli beratnya 2.15 kg hanya RM23.89. Nasib baik saya pesan kat En Bapak minta staf Mydin siangkan daging itu siap-siap supaya memudahkan saya memasaknya nanti. Daging itik kan liat dengan kulitnya tebal lagi, sangat sesuailah dengan pisau diorang yang tajam tu.
Puas saya google mencari cara melembutkan itik dengan mudah. Ada yang kata rebus bersama akar daun pandan, tembikai, serai dan macam-macam. Kebanyakan orang kata nak masak itik ni macam masak ayam kampung, tak kena cara daging pasti liat.
Saya tak ingat petua yang saya cuba ni diperoleh samada dari akhbar atau majalah. Tetapi, hasilnya sangat menggembirakan bagi mereka yang memasak itik buat kali pertama. Daging dimasak elok, tak liat, tak hanyir dan sangat sedap. (betul ni bukan masa angkat bakul masuk sendiri tau).
Petuanya adalah menggunakan NENAS segar yang direbus bersama daging itik. Nenas segar mengandungi enzim bromelain yang membantu memecahkan protein. Ia biasanya digunakan dalam perapan untuk menghasilkan hidangan daging yang empuk dan lazat. Mungkin saya akan cuba menggunakan petua ini sekiranya membuat kebab kelak.

Resepi Kari Itik
Bahan-bahan:
1 ekor itik
(dipotong 16 bahagian dan direbus dalam periuk bersama lima kepingan NENAS -potong kulit- selama 40 minit atau hingga daging empuk - saya rebus semua walaupun yang dimasak hanya separuh bahagian, separuh lagi cadang nak masak rendang)
Bahan rempah :(utk tumis)

- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji bunga cengkih
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- sehiris lengkuas
- 4 sudu besar serbuk kari (saya campurkan 1 sb kari ikan + 3 sb kari daging)*
- 2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas, terpulang)*
- (serbuk kari dan serbuk cili dibancuh bersama dengan air asam jawa dan dijadikan pes)
- 3 biji kentang - dipotong baji (saya goreng separa masak)
- 2 cawan santan + 1 cawan air
- 2 sudu kerisik
- Beberapa helai daun kari
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan daun kari. Apabila naik bau, masukkan bahan kisar. Masak hingga kekuningan.
- Masukkan pes kari dan masak hingga naik minyak. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan itik yang telah ditoskan airnya. Biarkan seketika.
- Masukkan santan dan sebuk perasa. Kemudian masukkan garam dan gula. Apabila daging dan kentang telah empuk, masukkan kerisik. Biarkan mendidih seketika dan tutup api. Siap.
Saya sempat membuat roti jala untuk dicicah bersama kari. Bukan senang nak makan kari itik yang sedap dan roti jala buatan sendirikan. Nasib baiklah acuan roti jala tak meragam semalam. Selamat mencuba.
gulainya pasti enak..
ReplyDeleteToko Online Kalistajaya : pastinya dong. cubalah. :)
ReplyDeletex pena masak lak..bleh try
ReplyDeleteFazliana Jamil: saya pun masa entry ni ditulis baru first time cuba. Hasil daging itik sangat memuaskan. tak liat pun. cuba nanti tau.
Deletebaru first time gak nk msk itik ni..hrp menjadi la yer petuanya..
ReplyDeleteNak cuba petua ni..tkasih beri petua..first time nak masak itik esok..harap2 anak2 suka
ReplyDeleteItik dh ada... nk pegi beli nenas la pulak... tkasih atas tip.
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete