Monday, January 28, 2013

Scones Lazat Ala Cameron Highlands

Scones memang kegemaran En Bapak. Kalau ke Cameron Highlands tak sah kalau tak order ketika melawat ladang teh atau ladang strawberi. Masa order scones di Cameron Bharat tempohari, rasanya saya kurang gemar mungkin sebab tepung oatmilnya membuatkan rasanya berat dan cepat muak.

Kalau scones di Boh Ringlet sedap dan ringan je rasanya. Manakala kalau di Boh Sungai Palas walaupun sconesnya sedap tapi kurang kick sebab dihidangkan sejuk. Scones ni membuka selera bila makan panas-panas ditambah dengan adanya sos strawberi dan mentega untuk sapuan. 

Saya pernah mencuba membuat scones sebelum ini. Tapi, hasilnya mengecewakan. Sudahlah tak sedap, keras lepastu tak selera nak habiskan. Namun, selepas melihat ada sekotak kecil strawberi lagi yang tinggal, saya terus menggoggle resepi scones untuk dibuat.

Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi scones yang dikongsi oleh Tun Telani. Hasilnya adalah seakan sama dengan yang kami pernah rasa di CH. Rangup diluar dan lembut di dalam. Baunya bila dimasak memang membuatkan perut berkeroncong. Tapi, yang paling penting sila gunakan mentega buttercup dan susu carnation. Memang wangi je kejadian.

Tradisional Sweet Scones
(menghasilkan 8 biji scones mengikut saiz)
Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar baking powder - saya ikut tun letak 1/2 sb, mungkin lain kali buat penuh 1sb
  • secubit garam
  • 4 sudu besar / 50g mentega- saya guna mentega buttercup
  • 1/2 cawan susu - saya guna susu cair carnation
Cara menyediakannya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan mentega dan ramas-rams dengan hujung jari sampai nampak peroi.
  3. Masukkan susu dan gaul dengan garfu sampai jadi doh yg lembut.
  4. Canai setebal 3 cm dan terap dgn cookie cutter. Saya guna acuan bulat untuk goreng telur.
  5. Bakar pd suhu 200 C selama 12 minit. Hidang panas-panas bersama butter dan jem pilihan.
Sos Strawberi
Bahan-bahan:
  • 2 cawan buah strawberi
  • 3 sudu besar gula halus - tambah jika perlu
Cara menyediakannya:
Bersihkan strawberi, potong kecil dan masukkan dalam periuk. Masukkan gula dan kacau semua hingga hancur dan pekat.
Kacau selalu guna api kecil. Jika mahu lebih pekat seperti jem masukkan sedikit tepung jagung. Siap.




13 comments:

  1. erm.. simple je resipi nya..

    nak kena pre heat oven ke?

    ReplyDelete
  2. Queen, apa-apa masakan yang melibatkan baking perlu pre heat dulu dalam 10-15 minit. kalau tak nanti awal2 lg sebelah atas adunan akan bertukar warna. harap membantu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih resipi ni mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Salam :-)

    sedang mencari resepi scones dan nampaknya senang nak buat yang ni. In shaa allah nak try buat dan harap jadi la.. hehe, skrg tgh pegnen teringin sgt nak mkn scones..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke Intan Baizura? harap menjadi. suami saya peminat scone dan resepi ni adalah yang paling menepati citarasa beliau dan anak2. harap berpuas hati.

      Delete
  5. makan ngan vanila aiskrim pon sedap wehhh..sorry,saya mencelah!hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga. dengan sos coklat pun ok. lg panas lg sedap.

      Delete
  6. Selalu dengar orang cerita pasal scone, tak pernah makan pun. Bahan2 sangat ringkas, semuanya ada kat rumah, nak cuba lah... tk

    ReplyDelete
  7. Op op lupa plak tujuan asal melawat ke blog Puan ni, nak tanya berapa ringgit harga BM TESCO tu? TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa beli time tu ada sale tak silap dalam RM170++. Biasa dalam RM250++. Tesco Ipoh

      Delete
  8. Sedap dan simple ....saya dah cuba alhamdullilah

    ReplyDelete