Setiap bulan sardin adalah benda penting yang wajib beli. Paling kurang tiga tin mesti masuk dalam troli tesco. Inilah penyelamat saya kalau lauk tinggal sipi-sipi menanti keesokkan hari saya ke pasar. Oh, .sekarang ni tugas ke pasar diambil alih sepenuhnya saya selepas En Bapak patah buku lali tahun lepas.
Berbalik kepada kisah sardin tadi, biasanya kalau lauk saya cuma masak sambal sardin, sayur dan goreng telur dadar. Dah siap juadah makan tengahari ringkas dan sedap. Tak pun, buat roti sardin untuk sarapan. Sekarang ni, saya perasan harga sardin dan barang lain dah naik melambung-lambung. Kalau takde promosi setin sardin kecik boleh mencecah dekat RM3++. Kalau promosi bolehlah dapat lagi dalam RM2.99.
So, rasa macam kena cari alternatif lain bagi mengurangkan kadar penjimatan wang bagi membolehkan kita membelanjakannya ke arah lain. hehe...Jadi, selepas bereksperimen beberapa jenama sardin di pasaran, saya berpendapat sardin yang mampu menyamai kesedapan sardin cap ayam adalah sardin cap tesco choice!
Sumpah! *(chewah...guna tanda seru tu untuk menegaskannya). Rasa sardin dan sosnya dah hampir sangat menyamai cap ayam. Yang lain-lain tak setanding langsung, ada yang rasa pelik pada ikan, masam sangat pada sos dan bukan rasa macam sardin pun ada (ini sardin cap tempatan tapi banyak iklan dibuat di seberang. cer teka...cer teka...).
Selain sardin, ada juga beberapa barang yang biasa guna tapi dah mahal bagi saya dan sekarang dah bertukar penggantinya adalah :
kicap kipas udang = jalen
milo = sebuk koko nation choice (ni jenama keluaran mydin sahaja)
nugget = nation choice (sedap penuh dengan isi ayam dan tak terlalu masin)
tisu = cap tesco jelah.
milo = sebuk koko nation choice (ni jenama keluaran mydin sahaja)
nugget = nation choice (sedap penuh dengan isi ayam dan tak terlalu masin)
tisu = cap tesco jelah.
butter = cap toucan.
Macam butter cap toucan, kalau dibelek-belek, butter ni adalah keluaran sama syarikat buttercup. Tapi, lebih murah. Toucan sebelum ni boleh dapat dalam RM2.90-RM3.40. Berbanding buttercup sekarang boleh mencecah RM4.50 bagi 250gm kalau takde promosi.
Rasa toucan kurang bergaram berbanding buttercup. Masa buat kuih raya tahun lepas, saya buat pakai jenama ni dan hasilnya macam kita buat guna buttercup. Cikgu masak saya pun mengesyorkannya. Bertambah sedap kalau kita buat kek batik tau.
Kesimpulannya, kita boleh berjimat dengan membeli barang yang lebih murah harganya tapi setanding dengan yang mahal. Menang membeli, menang memakai. Dulu perbelanjaan bulanan boleh mencecah RM300-RM350. Sekarang kami berjaya mengurangkannya hampir setengah daripadanya. Syukurlah, ada banyak pilihan lain di pasaran.
No comments:
Post a Comment