Wednesday, April 10, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Sejak dulu saya memang tak pernah sukakan puding karamel sebab kebanyakan rasa dipengaruhi hanyir telur. Oleh kerana cuaca di Ipoh melampau panas baru-baru ni, resepi puding yang senang dibuat dan segera dimakan amatlah didambakan.

Masa blog walking ternampak resepi puding karamel tanpa telur dalam blog si comeyl dara pingitan Fatin Liyana yang diperoleh daripada CikEpal. Terima kasih atas perkongsian kalian. Sesungguhnya, resepi yang cepat dimasak, cepat dimakan adalah terbaik. Kurang 30 minit dah siap macam rancangan masak si Jamie Oliver lak.

Lepas tu nak lagi umphh kalau ada cocktail setin. Fuh...mabeles. Sayangnya, tak de stok pula. Ok, resepi masuk senarai buat lain kali. Yumm...

Puding Karamel Tanpa Telur

Untuk Sos Karamel:
2 senduk gula (guna lebih kurang 1 3/4 senduk sahaja *senduk lauk besar)
1/4 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan sos karamel kedalam bekas puding atau loyang. 

Untuk Puding:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis 
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar segera
3 1/2 cawan air

Cara menyediakannya:
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan yang ada agar puding nampak cantik. 
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar segera dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas yang berisi sos karamel tadi
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti ais. Lagi sejuk lagi sedap. 
6. Dah sejuk, boleh diterbalikkan dalam pinggan sebelum dihidang. 


Selamat mencuba. 




4 comments:

  1. Ya samalah selalu buat puding caramel bau telornya kuat sgt..kdg buang mcm tu ja..terima kasih kongsi resepi ni..boleh buat versi ni pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba. Jimat sdkt penggunaan telur di situ kan...

      Delete
  2. Blh tak tukar susu cair dgn low fat milk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya selalu juga ubah penggunaan susu cair ke susu segar atau sebaliknya dalam sesebuah resepi. Ikut stok mana ada. Kita yg buat dia kan...:)

      Delete