Sungguh, tajuk entry ni lama betul dalam simpanan. Sejak tahun lepas. Tapi, isinya asyik lah bertangguh nak taip. Kebetulan Mak Long Zuridah saya yang tinggal di Pengkalan Balak, Melaka sudah memiliki Bread Maker (BM) yang dihadiah anak sulungnya dan atas permintaan beliau untuk meminta saya berkongsi resepi piza, maka haruslah kita merajinkan diri untuk selesaikan entry tertunggak ni. :)
Khalish dan kami adalah penggemar piza dan hampir setiap bulan menikmatinya, Oleh kerana permintaan piza asyik kedengaran, maka En Bapak telah menghadiahkan saya Bread Maker sempena ulang tahun perkahwinan kami tahun lepas. Diulang tahun lepas ye. (haha...lama benau ceritanya dah nak masuk ulang tahun berikut dah ni. hehe)
Selepas membuat beberapa tinjauan, akhirnya brand tesco menjadi pilihan memandangkan harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding jenama lain. Walaupun jenama tesco je pun, tapi alhamdulillah sampai sekarang khidmatnya masih tiptop. Paling best masa tu ada diskaun lagi. Setakat adunan 900gm, oklah bukan nak berniaga pun. Yang mahal tu sebab boleh uli sampai berkilo-kilo adunan.
BM ni bagus sebab ada banyak fungsi. Nak mengguli doh, roti asas (french, manis atau sandwich), buat jem malahan untuk bakar sebiji roti dalam tu pun boleh. Bagi yang tangan tak kuat mengguli macam saya, BM adalah merupakan mesin bantuan yang amat berguna. Jangan tak percaya, saya siap buat doh kuih gunting dan kuih siput dalam BM bulan Ramadhan lepas. hihihi
Al-kisah, masa kali pertama menggunakan BM, saya nak buat piza, maka menu dough dipilih dan masa untuk mengguli adalah 1 jam 30 minit. Jadi, lepas masukkan bahan saya pun on kan dan tunggulah hingga bunyi bip. Tup-tup...bila buka hamik ko adunan dah siap mengembang dan sukar membentuk adunan untuk diletak dalam dulang piza. Terpaksalah pula tambah beberapa sudu tepung untuk memudahkan sesi berkenaan.
Pengajaran yang saya dapat kalau nak buat piza atau roti, bila bunyi bip kali pertama berbunyi (masa tak lama dalam 30-40 minit gitu). Terus off kan BM. Keluarkan adunan dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Lepas tu, bahagikan kepada beberapa bahagian. Leperkan satu bahagian mengikut ketebalan yang dikehendaki (jangan tebal sangat sebab adunan akan naik nanti)dan letakkan atas dulang piza atau loyang dan tunggu doh mengembang dua kali ganda. Dah naik, baru bakar doh tadi 10-12 minit atau hingga topping sedikit kekuningan.
Lepas tu baru letakkan topping dan keju baru bakar sekali lagi hingga keju mencair dan sedikit rangup dohnya. Syoknya buat piza sendiri sebab kita boleh buat roti asasnya tebal ikut suka, letaklah topping banyak dan keju banyak mana. Lepas tu, jangan bising berat badan naik ok. hihihi...
Ini sebahagian koleksi doh yang saya pernah cuba. Dapat pun dari dapur blogger masakan yang dalam list tepi tu. Silalah membongkar dapur2 mereka ye. Sebenarnya kalau nak lagi sedap tambahkan minyak zaitun dalam sesudu dua. Kalau nak uli pakai tangan pun boleh.
Doh Piza 1: (*resepi ni menghasilkan 6 kpg piza 9" pelbagai ketebalan)
500 gm tepung hi-protein (ayak dulu)
1 paket yis (11gm)
2 sb gula
1 s/k garam
3 sb marjerin / shortening (lelemak sayuran)
1 1/4 cwn air suam (bergantung)
1 biji telur
Cara menyediakannya:
1. Campurkan 1/4 cawan air suam, yis dan gula. Biarkan hingga berbuih. Masukkan dalam BM.
2. Masukkan tepung dan bahan-bahan lain selebihnya.
3. Set menu dough dan biarkan BM menjalankan tugasnya hingga bunyi bip pertama. Off kan BM.
4. Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk. Tumbuk-tumbukkan doh dan uli sekejap. Kemudian leperkan doh (guna penggelek / gelas) dan letakkan atas dulang piza / loyang. Ikutla nak ketebalan macamana, nak tebal ke, sederhana atau nipis.
5. Biarkan naik sekali ganda. (lebih kurang 15 minit). Masa yang sama sila panaskan ye- 15 minit.
6. Bila doh naik, cucukkan dasarnya dengan garfu. Takat 4-5 cucuk udah setakat nak keluarkan udara.
7. Masukkan piza dalam oven suhu 180 darjah selama 10-12 minit atau nampak sedikit kekuningan atasnya.
8. Keluarkan. Letaklah topping yang disukai beserta taburan keju. Lepas tu, bakar lagi hingga keju mencair.
Untuk resepi seterusnya stepnya adalah sama seperti di atas.
Doh Piza 2:
250gm tepung hi-protein
100ml air
1/2 sb gula
1/2 sk garam
1 sk yis
1 sb madu atau susu pekat atau susu tepung yang dijual di kedai bahan bakeri
1 sb shortening
2 sb minyak zaitun
2 ulas bawang putih
1 biji telur
25gm marjerin
Doh Piza 3: (resepi drp blog kak aziejaya: beliau gunakan tangan je, dpt 2 kpg piza. saya belum berkesempatan mencuba guna BM. Kalau nak lebih, buat 2x adunan daripada bahan-bahan berikut)
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis
Secubit gula
4 cawan tepung
1/4 sk garam
1/4 cawan minyak zaitun
Sedikit minyak zaitun untuk sapuan tepi doh yang akan dibakar.
Untuk resepi topping, kita sambung lain entry ye.
mencedok ilmu bagaimana nak guna BM kat sini..thanks awak
ReplyDeletesama-sama.
DeleteBerapa harga BM Tesco ni ya
ReplyDeleteElla Fifi, masa ni saya beli time sale xsilap dalam RM170++. Harga biasa dalam 250++. lain tesco lain harganya
Deletewah..bestnya..tgh mencari BM jg ni..tp hrga semua mhl2 belaka..yg brand tesco ni murah ckit..yg lain tu mhl sbb 3 in 1 kot..yg ni utk menguli je kan?
ReplyDeleteBM tesco mg murah.. takat nak buat pizza dan roti2 biasa mmg takde masalah. tapi kalau nk buat roti yang gebu lembut , fluffy.. kene uli dua kali.. first round doh belum elastik. rehatkan, second roun uli lagi.. baru doh elastik... ni pasal power kneading dia tak kuat mana.. yelah sesuai dgn harganya kan.. harga BM lain yang mahal kebiasaannya power kneading dia 750watt sehingga 1000 watt. bergantung pada model. kalau dpt yang 1000watt tu mmg sat je doh elastik.. roti pun fluffy.. *bergantung pd skill dan resepi :)
ReplyDeletesaya pon ngah blogwalking sbb nak cari bm juga.
ReplyDeletebtw thanks mrsfadli ttg info kneading power tu
Mesti cuba ni.. bm ku pun dah lame berbungkus jek..
ReplyDeleteSalam... singgah sini cari info pasal BM... berminat sgt ni... hehe
ReplyDeleteWah..bestnya..terasa nak beli lak tetiba..kan skg ni demam roti sarang lebah..thnx sbb share info ni..
ReplyDeleteBM yg ni brp watt ye..
ReplyDeletesaya baru beli BM big value harga 190. tapi belom penah cuba lagi
ReplyDeletekneading utk roti canai jd x?
ReplyDeleteBM bukan saja berfungsi membuat roti, nak bakar pun boleh. Yang paling penting adalah utk menguli. Ada beberapa setting boleh digunakan. Saya tak pernah gunakan utk menguli doh roti canai sebab roti canai mamak lagi lembut. hehe..tapi kalau raya, BM memang jadi tempat menguli kuih siput n kuih gunting. mudah kerja...
Deletememang tercari-cari resepi roti pakai BM ni.. tq for sharing yer..
ReplyDeleteTercari-cari info menggunakan BM. Tq sis
ReplyDeleteDoh roti kne uli dua kli ke
ReplyDeletetq untuk info...baru mlm td 1st time try guna bm,
ReplyDeletemmg tunggu satu jam 30 minit sampai tertidur, akhirny terlebih sudah...pasni nk cuba lagi :)
brand mxa ok ke ye yang dekat giants tuh ...pening mencari bm
ReplyDelete