Friday, January 25, 2013

Rahsia Menghasilkan Kari Ikan Ala Mamak

Selalunya kalau teringin makan ikan masak kari, ikan sembilang, keli dan siakap yang selalu menjadi pilihan. Biasa yang saya belajar daripada mak dan mentua, bahan tumis untuk kari mesti masuk sedikit halia. Tak kira kari ikan atau daging.

Namun, ketika menziarahi keluarga Liza, kawan sekolej saya di Penang tahun lepas, mak beliau menghidangkan kari ikan siakap kepada kami. Rasanya amat berlainan tak macam yang saya dan mama masak selalu. Lalu, saya tanpa segan silu bertanyakan resepinya. Semua rempah tumisnya adalah sama namun bila diselidiki kembali saya dapati halia tidak dimasukkan ke dalam masakan kari berasaskan ikan.

Satu lagi tips, memasak kari ikan yang sedap adalah dengan menambah rempah halba ke dalamnya. Tips ini saya peroleh daripada seorang uncle India yang sedang bersama-sama mengambil rempah ketika di Mydin. Katanya, orang Melayu mesti tak guna halba dalam masakan kari ikan. Saya memberitahunya saya ada gunakan halba, tapi halba campur. Lalu, beliau mengesyorkan saya menggunakan halba semata-mata untuk impak rasa yang lebih. 

Setelah mencubanya, saya akui rasanya seakan malah lebih baik daripada kari kedai mamak. hehehe...*perasan. Saya kongsikan resepi kari ikan yang biasanya saya sajikan di rumah.

Kari Ikan Sembilang Ala Mamak
Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan sembilang bersaiz sederhana - dibersih, dicuci dan dibelah 6
  • Beberapa batang bendi 
  • Sebiji tomato- dibelah empat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air
  • Garam dan bahan perasa
  • Beberapa sudu santan - jika suka
 Bahan tumisan: 
  • 2 labu bawang besar - sebiji ditumbuk dan sebiji lagi dihiris kasar
  • 4 ulas bawang putih - dua ulas ditumbuk dan dua ulas lagi dihiris
  • 1/4 sudu jintan manis, jintan putih dan halba
  • 1/2 sudu cili kisar / serbuk cili - jika suka lebih pedas
  • Setengah paket kecil rempah kari ikan - saya guna Baba's
  • Beberapa helai daun kari

Cara menyediakannya:
1. Panaskan sesenduk minyak dan tumis jintan manis, jintan putih dan halba. Setelah naik bau, masukkan bawang yang ditumbuk serta daun kari dan masak hingga layu. Masukkan cili jika suka. 
2. Setelah itu, masukkan bawang yang dihiris dan serbuk kari ikan. Kacau rata kemudian masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Setelah itu, masukkan kepingan ikan dan biarkan masak.Jika suka, masukkan beberapa sudu santan untuk rasa yang lebih lemak. Masukkan garam dan perasa, 
4. Akhir sekali, setelah kari hampir pekat, masukkan tomato dan bendi. Masak kira-kira 2 minit dan tutup api.

13 comments:

  1. salam.. nak tanya. memang awak xgunakan santan ke untuk masak kari??

    ReplyDelete
  2. Kalau diikutkan kari mamak tak guna santan. tp dalam resepi saya ada sebab kita org Melayu suka sangat guna santan, kan....

    Delete

    ReplyDelete
  3. Saya guna resepi akak untuk masak lauk ni. Menjadi. Thanks! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. kari kalau cicah roti pun sedap kan. Iskhh...kecur pulak..

      Delete
  4. nak tanya jintan manis, jintan putih dgn halba tu maksudnya yang serbuk ke yang biji-biji tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya guna yg biji2 tu dan ketuk sikit dalam lesung bagi pecah sikit. Tapi kalau serbuk pun blh juga.

      Delete
  5. kalu guna halba campuran saja x blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tp masukkan biji jintan sekali ye

      Delete
  6. akak tahnkx. sedap sangattttttt kari akakkk. hihihihihihi

    ReplyDelete
  7. Salam ukhuwah dari BUNDA...sedapnya kari ikan sembilang , bolih cuba nanti..
    Jom cuba ini pulak...

    http://norazis2908.blogspot.com/2015/04/resipi-kari-ikan-siakap.html

    ReplyDelete