Antara azam saya tahun ini adalah untuk menghadiri kelas memasak. Niat utamanya untuk membuat sendiri hidangan kegemaran keluarga selain menambah ilmu dalam bidang berkenaan. Terima kasih kepada En Bapak yang selama ini menyokong keinginan saya dengan menjadi penaja bagi setiap kelas. hehehe...
Menjadi suri rumah sepenuh masa bukanlah jaminan untuk tahu serba serbi mengenai masakan. Lebih-lebih lagi anak manja seperti saya yang berbekalkan kemahiran masak nasi, kacau goreng dan masak rebus-rebus masa mula-mula kahwin dulu. Itulah nasibnya bila mak nak ajar masak saya ambil ringan dan tolong takat potong bahan-bahan. Sudahnya, bulan-bulan pertama kahwin asyik telefon mak kat kampung tanya resepi dan cara memasak.

Sampaikan asyik jadi bahan En Bapak kritik saya tak pandai masak walaupun mak ayah bisnes katering. (masa tu saya bengang juga sampai cakap, kenapa tak kahwin dengan chef kan senang). Bila diingatkan kembali, naifnya saya bab itu. Lepas tiga tahun kahwin, sekarang saya boleh berbangga dengan peningkatan kemahiran dimiliki walaupun kadang-kadang ada yang tak berapa menjadi.
Kelas memasak yang saya pergi ni antara yang termurah di Ipoh. Mana nak dapat belajar kek, dekorasi, biskut, meroti, kuih talam, frozen, puff pastri dan coklat hanya RM50 setiap kelas. Kebanyakan yuran kelas yang ada antara RM80-RM200.
Kelas ini dikendalikan Cikgu Shahidan dan ibunya Kak Siti dari sweetbunssweetcakes bakeri. Menariknya Shahidan ni adalah oku pendengaran namun bantuan ibunya membolehkan beliau mengendalikan kelas memasak dengan mudah dan happening.

Kelas diadakan secara praktikal di mana kami diberi peluang mencuba sendiri teknik yang diajar. Resepi yang diberikan juga sedap dan jadi apabila dicuba sendiri. Lagipun ia diadakan hanya hujung minggu. Paling utama, jarak kelas (dibuat dirumah) hanya kira-kira lima kilometer dari rumah membolehkan saya meninggalkan anak dengan tanpa rasa bersalah bersama En Bapak
Antara kelas yang saya pergi adalah:
Kelas Tart (sekarang boleh makan tart puas-puas) |
Fancy cookies |
Kelas aneka roti dan bun |
Kelas dekorasi kek (selama ni dok biar stand mixer buat kerja, sekali kena buat sendiri tak kena caranya, ceh) |
Kelas kek |
Dekorasi kek dan cupcake (yang besar tu adalh kek harijadi Khalish) |
Kelas biskut raya |
Kek raya pilihan saya - pandan delight |
Kek raya pilihan En Bapak - kek buah lembap |
Paling best, bila tamat kelas hasilnya akan dibawa pulang oleh peserta. Memang seronok betul bila tengok Khalish, Ilhan dan En Bapak berebut-rebut melihat bekas yang saya bawa dan menikmatinya. Antara menu yang sering menjadi pilihan ramai - talam tokyo, talam sekoteng dan mini piza. Buatnya tak susah mana pun kalau rajin.:)
Insyaallah, kelas akan bermula semula selepas raya. Banyak lagi kelas saya termiss nih. Moga Shahidan dan Kak Siti dimurahkan rezeki kerana tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Mereka peramah dan akan ajar sampai pandai. Shahidan adalah teliti orangnya, nasiblah korang kalau tak pandai buat memang kena ngadap dia sampai betul cara membuat ikut standard yang ditetapkan beliau plus kena gelak kalau tak jadi. hihihi...
Jika berminat, boleh layari http://www.kursuskekipoh.com/.
salam sis..kelas ni di ipoh kan tp kt mne tempatnye..?
ReplyDeletehalaman meru damai. tapi sekarang ni kelas masih belum bermula sebab cikgu masih sibuk.
Deletesalam..akak ade tak nombor fon cikgu?leh pm kat saya maz_ashri@yahoo.com
ReplyDeletemaz_ashri, blh cari di website yang dinyatakan di atas.
Deletesalam...sis still bole mengikuti lagi ker khusus ni?
ReplyDeleteBoleh. Cari info di kursuskekipoh.com
Deleteemel dah not available.bleh bg no fon x
ReplyDeleteBila kelas d mulakn utk 2015
ReplyDeletelaman web tu dah x blh bukakla..boleh bg no. phone x?? Nk tau kelas utk 2015
ReplyDeleteSabinas: boleh pm syed di fb beliau : Syed Mohd Shahidan Syed.
DeleteSaya tak ade fb..boleh bg nom telefon?
ReplyDelete