Di Ipoh ni, jagung manis senang betul didapati kerana ramai pekebun cina sekitar Chemor dan Gunung Rapat ada menanamnya. Jagungnya sama seperti di Cameron Highland dan sama juga harganya RM1 setongkol.
Sekarang ni, Khalish dan Ilhan sudah menjadi penggemar jagung. Biasanya jagung rebus, cekodok jagung dan lempeng jagung menjadi santapan kami.
Masa membelek majalah Saji November tahun lepas ada resepi urap jagung. Tak pernah pun membuatnya sebelum ini, makan pun tidak. Mudah saja menyediakan urap ni rupanya, sesekali minum petang dengan kudapan jagung seperti ini, sedap juga. Kudap-kudap sambil layan tengok tayo the little bus dengan anak-anak.
Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- 3 tongkol jagung manis - yang telah direbus
- 1/2 cawan kelapa parut - dikukus 5-10 minit
- 2 sudu besar gula - ikut kemanisan dikehendaki
- 1/2 - 1 sudu kecil garam
Cara menyediakannya:
Sisir isi jagung dengan pisau ke dalam mangkuk. Campurkan dengan kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati dan biarkan 5 minit sebelum dihidangkan.
Cara lain adalah dengan mengukus jagung dan kelapa parut bersama sehingga masak kemudiannya diperasakan dengan gula dan garam. Kuantiti rasa gula agak lebih sedikit berbanding garam.
No comments:
Post a Comment