Dah cuba buat dan nak simpan resepi ni dalam gobok blog ni. Hasilnya adalah sangat banyak dan boleh dijual di pasar malam. Saya tak pandai nak buat kotak daun yang macam orang jual tu. Masuk je dalam bekas plastik. Simpan dalam peti ais.
Saya suka kalau membeli kuih ni ada sengkuang cina di dalamnya, Jadi, saya mencuba menambah beberapa sengkuang cina yang didadu kecil. Masakkan sekali dengan lapisan hijau tu. Bila makan, aduhai terasa gigitan sengkuang manis di dalamnya. Terima kasih kepada Kak Gee atas perkongsian beliau.
sumber: Rina Mohd Dom, Kajang
Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)
1. Larutkan kesemua bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur
guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
2. Padam api dan
curahkan bancuhan dalam bekas atau simpan daun pisang. Ketepikan.
Lapisan Putih (Santan)
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sudu kecik garam
1. Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga
mendidih dan berkilat.
2. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau.
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
nota: kalau tak suka
lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air. saya guna empat setengah cawan santan sahaja.
No comments:
Post a Comment