Resepi bagel ni dah lama berada dalam simpanan sejak terpandang dalam dapur
Puan Ros JintanManis. Bagel merupakan sejenis sandwich yang dikatakan berasal daripada Eropah Timur. Ia adalah roti seakan donut namun lebih besar dan setebal 1 inci. Sisinya dibelah dan boleh disumbatkan dengan pelbagai inti pilihan untuk dijadikan sandwich.
Teksturnya lebih padat berbanding ban roti burger dan lebih mengenyangkan. Saya telah mencuba resepi bagel ini dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan - sebenarnya saya nak sangat ia berkilat macam Puan Ros punya. Tapi saya terlepas pandang tips diberikan di mana sebenarnya selepas bagel dibakar, kita perlu sapu sedikit marjerin untuk impak kilatan. *kan dah tak glemm bagel ni.
Mungkin akan datang saya akan bagi berseri lagi bagel saya ni. hehe...Apapun, rasanya tetap sedap. (eceh...puji diri sendiri). Memandangkan krim keju tiada stok, maka saya jadikan macam burger sumbat daging burger, timun, kobis, bawang besar, tomato, mayonis dan sos cili.
Saya buat dua kali adunan dan menghasilkan lapan biji bagel. Saya ikut Kak Ros menabur bijan hitam yang dibeli di Mydin Meru Raya. Untuk Ilhan, saya letakkan sekeping keju cheesedale di atasnya dan di bakar hingga keju cair. Rasanya ditekak saya sedap juga bila ditambah keju. Mungkin lain kali kita akan cuba makan bersama krim keju.
Untuk langkah demi langkah, boleh tengok resepi asal bagel di
sini. Selamat mencuba.
Bagel Bijan Hitam
Bahan-bahan ( 4 biji ):
- 200gm tepung roti
- 2 sudu besar gula halus
- 2/3 sudu kecil garam
- 2/3 sudu kecil yis kering
- 120 ml air suam
- ( saya tambah 2 sudu besar bijan hitam)
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.
Garam biar jauh sikit dr yis. Masukkan air. Uli sehingga doh lembut.
Anggaran masa- 2 minit(doh keras), 5 minit- doh akan jadi licin, 5 minit
lagi- doh jd lembut.
2. Bahagikan doh kpd 4 bahagian. Lepas tu, tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
3. Ambik sebiji. Canaikan seperti dalam gambar.
4. Kemudian gulung memanjang
5. Pastu getel biar jadi panjang lebih kurang 24-25cm.
6. Tekan pada satu bahagian hujung. Biar jadi leper.
7. Ketemukan dua hujungnya.
8. Rapatkan kedua-dua hujung. Biarkan bercantum
9. Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
10. Panaskan
oven sehingga 210 degree. Dalam fry pan, panaskan air sehingga
mendidih. Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula
bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap
permukaan.
Bakar bagel selama 13 minit.
notajari: *terima kasih Kak Ros, saya copy paste resepi akak ni.